Kami Tidak Akan Undi Pakatan Rakyat Lagi....Isunya Banjir Tidak Kesudahan...


KLANG: Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadap KESAS Sdn Bhd yang menguruskan pembinaan lebuhraya ekoran kegagalan menyelenggara sistem takungan air.Projek lebuhraya KESAS itu didakwa menjadi punca kepada masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung SC dan Kampung Kebun sekaligus merugikan penduduk kampung.Menurut AJK Penduduk Jln Kebun Buang Basir, sebelum ini pihak KESAS telah berjanji akan menyelenggara sistem perparitan namun gagal bertindak selepas lima tahun."Longkang tidak diselenggara dengan baik.
"KESAS tidak selenggara kelodak (kotoran seperti lumpur) tempat takungan air bawah lebuhraya.
"KESAS janji akan bertindak menyelenggara dan menyedut lumpur yang menjadi punca banjir tetapi tidak," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Buang lagi, wakil rakyat Shuhaimi Shafie yang mewakili DUN Sri Muda dan Dr. Mariah langsung DUN Kota Raja tidak mengendahkan mereka serta menghulurkan bantuan jika air naik di kawasan kampung tersebut."Wakil rakyat turun tapi tidak ada respon dan bantuan juga tidak ada," tegasnya.
Sebelum ini syarikat berkaitan itu berjanji kepada penduduk akan menyelenggara sistem perparitan dan lumpur yang menjadi takungan air bagi mengelakkan masalah banjir kilat akibat hujan lebat.Sementara itu Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Baru Jln Kebun, Samad Basiran menganggarkan sebanyak RM2,000 kerugian yang terpaksa ditanggung oleh setiap rumah yang dinaiki air."Jika sebulan tiga kali banjir makin bertambahlah kerugian yang dialami,"ujarnya.Malah mereka juga berharap kerajaan negeri bertindak secara efektif untuk menyelesaikan masalah ini dan tindakan segera perlu diambil bagi menggelakkan masalah ini berulang.Semalam lebih 200 rumah di tiga kampung iaitu Sri Nadi, Johan Setia dan Kampung SC di sini dinaiki air hampir semeter buat kali kedua bulan ini akibat banjir kilat selepas hujan lebat lebih enam jam.

Sebahagian besar mangsa gagal menyelamatkan harta benda selepas air mula memasuki rumah mereka pada 6 petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana