Janji tingal Janji Inilah Padahnya Kebodohan Kerajaan Selangor.....

Ibu tunggal fail saman RM10.9 Juta terhadap Selangor.....


SHAH ALAM: Seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana gagal memberikan elaun ibu tunggal seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.Tuntutan itu difailkan melalui tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pagi tadi.Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya 2008 menjanjikan elaun kepada ibu tunggal di negeri itu termasuk elaun khas suri rumah.
Namun setelah lebih empat tahun mentadbir negeri itu, golongan ibu tunggal umpama diabaikan.
Exco Selangor, Rodziah Ismail sebelum ini berkata kerajaan negeri menghadapi masalah untuk melaksanakan pemberian elaun itu berikutan ketiadaan data sebenar mengenai ibu tunggal.

Tambahnya lagi, pemberian elaun itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin juga dalam bentuk latihan dan modal untuk memulakan perniagaan serta bantuan pelajaran kepada anak-anak mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana