Isu Nurul Izzah: Mufti Perak turut bersuara ... Padan Muka Kau Izzah Weiiii...


kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan agama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria ikut memberikan reaksi.
Mengulas isu berkenaan Selasa,beliau mahu tindakan tegas terhadap Nurul Izzah Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan orang Melayu.Mufti Perak menasihatkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya mendalami hukum Islam dan tidak bertindak sebagai `jaguh di atas pentas’ untuk mendapatkan `political mileage’ bagi meraih sokongan terutama golongan liberal yang mendakwa diri mereka sebagai golongan intelektual.Saya menasihati orang yang seperti Nurul Izzah ini supaya mendalami hukum-hukum Islam jangan bercakap tak tentu pasal nak jadi champion di atas pentas sedangkan dia sendiri tidak tahu tentang hukum Islam.
``Perbuatannya itu merosakkan Islam dan akan menyesatkan orang,’’ katanya.Nurul Izzah terbabit dalam kontroversi sewaktu menghadiri forum bertajuk Negara Islam:Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?. Beliau dipetik berkata bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.Nurul juga dipetik berkata:``Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama..Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama-rata.’’
Menurut Harussani, Islam tidak pernah memaksa orang masuk Islam tetapi apabila seseorang itu masuk Islam dia terikat dengan undang-undang Islam.Nyata Mufti Perak bimbang kerana akhir-akhir ini ada gerakan di negara ini yang cuba mencemarkan Islam dan memecah-belahkan orang Melayu.
Dalam konteks ini, pihak berwajib katanya perlu bertindak lebih tegas kerana ia jelas mengancam akidah dan kepercayaan umat Islam di negara ini.Sementara itu PAS dilihat berdolak dalik dengan isu kenyataan Nurul Izzah.Kenyataan anak Anwar itu langsung tidak melambangkan apa yang telah disebut dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 256 yang merujuk kepada tiada paksaan ke atas orang bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana