Guiza bertekad untuk bantu Johor FA

JOHOR BAHRU - Bekas pemain bola sepak antarabangsa dari Sepanyol, Daniel Guiza tidak tahu banyak mengenai bola sepak Malaysia namun beliau bertekad membantu Johor memenangi setiap piala utama dalam kempen bola sepak Malaysia akan datang.
Guiza, 32, yang belum secara rasmi bersetuju dengan terma Johor FA, berkata beliau begitu teruja untuk bermain di negara ini.
"Secara jujurnya, saya tidak tahu banyak mengenai bola sepak Malaysia tetapi sebelum datang ke sini, saya menonton beberapa video di Internet mengenai perlawanan tempatan, dan pada pemerhatian saya, bola sepak amat dekat di hati rakyat Malaysia.
"Saya berasa sungguh gembira dapat datang ke sini kerana ini akan menjadi pengalaman baharu kepada saya," katanya pada sidang akhbar yang dianjurkan Johor FA di sini hari ini.
Guiza berkata sebab beliau mahu meninggalkan kelab yang diwakilinya, Getafe CF, ialah berpunca daripada perbezaan pendapat antara dirinya dengan pengurus kelab itu sekarang berkaitan dengan hal ehwal kelab.Ditanya adakah wang menjadi dorongan utamanya untuk datang ke Johor, beliau menjawab "tidak" kerana menurutnya beliau turut mendapat tawaran daripada beberapa kelab terkemuka Sepanyol dan Eropah.
"Saya mahu membantu Johor menjadi bukan sahaja pasukan terhebat di Malaysia, tetapi juga di Asia," katanya.Guiza menempa nama kira-kira lima tahun lalu selepas muncul sebagai penyaring terbanyak La Liga, mewakili Mallorca - menjaringkan 27 gol dalam 37 perlawanan - dan membantu pasukan kebangsaan Sepanyol menjuarai kejohanan Euro2008.Tidak lama selepas memenangi Euro 2008, beliau menandatangani kontrak dengan sebuah daripada kelab terbesar di Turki, Fenerbahce, sebelum kembali semula beraksi dalam La Liga pada tahun lepas untuk mewakili Getafe.
Sementara itu, Presiden Johor FA, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah Guiza masih belum memberikan persetujuan atas sebab isu-isu peribadi.
"Beta amat berbesar hati untuk mempunyai pemain berkaliber sepertinya untuk datang ke sini dan isunya bukan wang yang ditawarkan kepadanya tetapi sama ada beliau dapat menyesuaikan diri di sini dengan cepat."Baginda berharap dapat memuktamadkan isu kontrak itu secepat mungkin untuk menunjukkan kepada Guiza apa yang Johor dapat tawarkan.- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana