Gambar Generasi Baharu Felda Terima Durian Runtuh



Selepas kumpulan peneroka dan isteri, kali ini giliran generasi baharu Felda pula menerima durian runtuh fasa ketiga berjumlah RM5,000 setiap seorang.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga membabitkan peruntukan lebih RM563 juta.Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi MARA, UiTM Shah Alam, pagi tadi.
Pemberian itu katanya, membuktikan slogan Janji Ditepati bukan slogan semata-mata, tetapi sesuatu yang nyata ditunaikan, ditepati dan dibuktikan oleh kerajaan.Beliau turut menyeru masyarakat Felda terutama golongan muda supaya tidak berasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi Felda setakat ini.
Sebelum itu, Datuk Seri Najib turut meluangkan masa melawat gerai dan pameran serta beramah mesra bersama warga Felda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana