Empat NGO Buat Laporan Terhadap Nurul Izzah

Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan kontroversinya mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji Kamarudin Meru pada pukul 1 tengah hari Ahad.Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.Beliau berkata Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu danberjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagaiberkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana