Dr Hasan Ali Balun PKR...Dalam FB Nya...Pakatan Rakyat Panassss...bebb

26 November 2012 - PKR telah menyaman Utusan Melayu dalam kes Nurul Izzah yang dikatakan membuka luas pintu murtad di kalangan Umat Islam seperti yang dinyatakannya dalam jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan ayat 256, Surah Al-Baqarah dalam Al-Quran.Yang menjadi tandatanya sehingga ini ialah mengapa PKR cenderung menyaman Utusan terutamanya dalam isu-...
isu yang melibatkan Agama Islam dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi PKR mengenai permasalahan moral, LGBT dan berbagai tuntutan melibatkan PKR.

Rakyat menjadi hairan kerana isu Nurul Izzah dipapar mulakan oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider yang dikatakan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat. Utusan hanya memetik laporan asal daripada kedua-dua portal ini khususnya Malaysiakini. Tetapi yang menjadi mangsa ialah Utusan.
Rakyat sebahagiannya faham bahawa saman menyaman yang galak dilakukan oleh PKR khususnya dikatakan bermotifkan politik, tidak lebih daripada itu. Dalam kes Nurul Izzah sudah hampir pasti isu itu akan menjadi isu utama di pentas-pentas politik dan akan menjadi bahan kempen yang dijangka paling menonjol dalam PRU ke 13 nanti.Tindakan menyaman Utusan dilihat tidak lebih daripada usaha terdesak untuk mengalihkan isu supaya kes Nurul Izzah tidak menjadi fokus utama yang boleh menjejaskan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 khususnya dikalangan pengundi-pengundi Melayu-Islam.
 
Rakyat juga tertanya-tanya mengapa paparan-paparan hebat di dalam beberapa portal dan disambungjalin oleh blog-blog yang lain dengan seluas-luasnya tidak diambil tindakan mahkamah terhadap mereka? Isu China doll, simpanan RM3 bilion, “makan ais krim” di tandas dan berbagai ulasan mengenai tabiat luar tabie pimpinan tertinggi PKR yang dipaparkan dengan begitu berani dan penuh bertanggungjawab tidak di bawa ke muka pengadilan.

Setengah pihak menganggap bahawa taktik yang diambil yang sebahagiannya berupa “damage control” mungkin tidak banyak memberi kesan untuk menutup berbagai skandal yang begitu mengaibkan melibatkan beberapa pimpinan PKR. Sebaliknya prosiding di mahkamah dijangka akan membuka lebih luas “pandora box” yang tidak mungkin dapat ditangani lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana