Dr Fadzillah Kamsah berucap di Himpunan Barisan 1Malaysia Sabtu ni

Himpunan Barisan 1Malaysia "Untuk Masa Depan Rakyat" yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 November, bakal mencatat sejarah dengan penyertaan lebih 1,500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penganjur telah menghantar jemputan kepada 2,348 NGO dan setakat ini dan dianggarkan 1,500 NGO akan hadir."Pada perhimpunan itu juga, satu kutipan derma akan dibuat untuk tabung Hospital for Gaza (H4G) oleh kumpulan nasyid Rabbani yang juga akan mengadakan persembahan," kata Ahmad Maslan pada sidang media di parlimen, Khamis.

Ahmad menganggarkan sekurang-kurangnya antara empat hingga lima ribu rakyat dari seluruh negara akan hadir ke himpunan berkenaan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Katanya, antara tokoh yang akan berucap pada perhimpunan berkenaan yang bermula 8 pagi, ialah Dato Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah, Prof Dr Sivamurugan Pandian, Prof Dato Sri Dr Zaleha Kamaruddin, Tan Sri Lee Lam Thye dan Dr Chandra Muzaffar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana