Doa Pas berlawanan dalil - Ilmu

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) mengecam doa Pas yang mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan kerana jelas doa tersebut berlawanan dengan dalil dan bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sebaliknya, Pengerusi Ilmu, Dr. Fadlan Mohd. Othman (gambar) berkata, doa seumpama itu merupakan amalan pengikut-pengikut Khawarij dan Muktazilah iaitu dua kumpulan yang sering melakukan pemberontakan terhadap pemerintah.
Malah, beliau menegaskan, bahawa doa tersebut sememangnya tidak sepatutnya dituturkan kerana kezaliman yang mereka dakwa dilakukan oleh UMNO dan BN secara umumnya adalah tidak benar berdasarkan kepada keamanan, kemakmuran serta keharmonian dikecapi selama ini.
"Hakikatnya, doa yang mereka panjatkan itu amat berlawanan dengan nas syarak. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menganjurkan para umat baginda berdoa menghancurkan pemerintah apatah lagi pemerintah dalam kalangan orang Islam.


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) mengecam doa Pas yang mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dihancurkan kerana jelas doa tersebut berlawanan dengan dalil dan bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Sebaliknya, Pengerusi Ilmu, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, doa seumpama itu merupakan amalan pengikut-pengikut Khawarij dan Muktazilah iaitu dua kumpulan yang sering melakukan pemberontakan terhadap pemerintah.
Malah, beliau menegaskan, bahawa doa tersebut sememangnya tidak sepatutnya dituturkan kerana kezaliman yang mereka dakwa dilakukan oleh UMNO dan BN secara umumnya adalah tidak benar berdasarkan kepada keamanan, kemakmuran serta keharmonian dikecapi selama ini.
"Hakikatnya, doa yang mereka panjatkan itu amat berlawanan dengan nas syarak. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menganjurkan para umat baginda berdoa menghancurkan pemerintah apatah lagi pemerintah dalam kalangan orang Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul