Doa Kehancuran Umno, Bukti Pas Golongan Yang Kecewa

KUALA LUMPUR 19 Nov - Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Wira Ir. Idris Haron berpendapat tindakan PAS yang mendoakan kehancuran UMNO yang turut mendapat restu daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai golongan yang kecewa."Kita semua tahu, PAS ditubuhkan kerana kekecewaan pemimpin yang ketika itu tewas pada peringkat jawatan presiden. Berbeza dengan UMNO yang ditubuhkan untuk memerdekakan serta membebaskan negara daripada penjajah.Mereka terus kecewa sehingga tergamak mendoakan kawan-kawan seperjuangan mereka dahulu, parti yang ditubuhkan rakan-rakan mereka dahulu,
 
hancur dan musnah dilaknati Allah," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.Beliau mengulas tindakan PAS yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.Idris berkata, doa adalah sesuatu perkara yang menjerumus ke arah kebaikan dan dijadikan sebagai senjata orang mukmin yang beriman.

"Nampaknya, belum lagi menjadi kerajaan pemerintah, mereka sudah melakukan perkara sedemikian (doa kehancuran parti lawan). Apa akan berlaku kepada rakyat yang tidak menyokong mereka?," tambahnya lagi.Menurut Idris lagi, pembangkang dilihat terlalu terdesak sehingga menghalalkan apa jua perkara, termasuk soal yang melibatkan agama dan akidah.Beliau turut mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Parti DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan bahawa parti yang didominasi kaum Cina itu tetap mahukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri."DAP parti yang boleh diibaratkan seperti 'Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mereka (DAP) hanya sebuah parti 'passenger' yang tumpang populariti Anwar serta hanya untuk menagih undi kaum Melayu," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana