Doa Kehancuran Umno, BN - Hasan Ali Mahu Jais Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR 26 Nov - Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas terhadap khatib yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam doa penutup khutbah Jumaat lalu di Masjid Al Falah, Hulu Yam.Beliau berkata, perkara itu bertentangan dengan peraturan Jais kerana diakui sendiri khatib terbabit bahawa doa tersebut merupakan tambahan dan bukannya dalam teks khutbah.Menurutnya, perkara ini perlu ditangani dengan tegas kerana bimbang akan terus berleluasa dan mendatangkan impak negatif kepada perpaduan ummah.
“Apabila doa tersebut tidak terkandung dalam teks khutbah Jumaat, ini jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam pentadbiran dan pengurusan Jais sendiri. Kita juga bimbang sekiranya doa negatif sebegitu dibenarkan dan tiada sekatan, sudah pasti ianya akan ‘berjangkit’ ke tempat-tempat lain pula.“Jika ia terus dibiarkan berlaku, dikhuatiri akan timbul perpecahan dalam masyarakat kerana sesiapa yang mendengarnya akan timbul kemarahan dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan melibatkan perilaku fizikal dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata, institusi masjid sebagai rumah ALLAH SWT juga akan tercemar sekiranya berlaku pergaduhan di dalamnya seterusnya kesucian agama Islam akan tercemar.Jumaat lalu, jemaah Masjid Al Falah terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan BN selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.Sementara itu, khatib terbabit yang merupakan Imam II masjid itu, Mohamad Azmi Hassan mengakui doanya itu adalah tambahan beliau sendiri dan tidak terkandung dalam teks asal dan tindakannya itu semata-mata mahu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana