'Doa Itu Akan Kembali Kearah Mereka Semula' - Ahli Parlimen Sri Gading
KUALA LUMPUR 19 Nov - Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berpendapat bahawa doa kehancuran yang dibuat parti PAS baru-baru ini akan dikembalikan kepada mereka semula.
"Doa seperti ini Allah akan campak kearah muka mereka balik," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.Menurutnya, tindakan PAS yang mendoakan kehancuran UMNO itu sebagai keterlaluan. Doa yang mendapat restu daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dilihat sanggup mengenepikan hukum Islam dan terdesak dalam meraih populariti politik semata-mata.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya UMNO dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.
Selain itu, Mohamad turut menolak tuduhan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional hari ini sebagai zalim."Apakah bina masjid itu zalim? Buat hospital, buat sekolah, bantu orang miskin, bantu ibu tunggal, anak yatim, buat jalanraya, buat rumah rakyat, apakah itu zalim? Adakah kita rampas harta rakyat? Kita tidak rampas, jadi soal kerajaan BN zalim tidak timbul," ujarnya.Ditanya pemberita berkenaan cadangan dalam PAS yang mahukan Presiden parti sebagai Perdana Menteri walhal dalam pakatan rakyat, mereka mahukan Anwar Ibrahim, beliau berkata Hadi tidak diterima pemimpin pakatan rakyat.
"Ini hanya penipuan pemimpin PAS kepada ahli mereka," katanya.
Comments