Dewan Penyokong Pas gesa Kelantan kaji semula peraturan salon

KOTA BHARU - Tindakan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang menguatkuasakan undang-undang Islam terhadap orang bukan Islam hari ini mendapat bantahan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang meminta pelaksanaan itu dihentikan.
 Ketua DHPP Hu Pang Chaw berkata, kajian semula perlu dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan keadilan dan hak orang bukan Islam terjamin."Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar Pas baru-baru ini jelas menyebut undang-undang Islam tidak akan dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Maka disebabkan itu semua undang-undang Islam yang dikenakan kepada orang bukan Islam perlu dihentikan."Satu kajian semula perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua lagipun kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada tahun 1990-an dan tidak relevan lagi pada masa sekarang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.Tindakan kerajaan negeri itu juga turut dikecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.Bagaimanapun isu itu dipertahankan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang bertegas apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengulas isu itu, katanya, beberapa undang-undang kecil yang digubal dan digunapakai ketika ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang membabitkan bukan Islam perlu dikaji semula kerana sudah tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

"Sekiranya ia dilaksanakan juga ia tidak akan menguntungkan kerajaan negeri dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pas kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum," katanya. - Bernama
ADAKAH PAS AKAN MENARIK BALIK DALAM ISU INI KERANA PELBAGAI DESAKAN DARI RAKAN SEKUTU KUATNYA DAP DAN TERMASUK DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS.KITA TUNGGU APA TINDAKAN PAS?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana