Dedah Imej Sebenar PAS - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam.Perdana Menteri berkata sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu."PAS perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan Barisan Nasional, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno."Kalau kita dapat mengetengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama di kalangan orang Melayu,"
Beliau mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno dan BN pada Muktamar PAS 2012 yang berlangsung baru-baru ini, dan bagaimana beliau mahu anggota Umno memberi reaksi kepada perkara itu.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata pelbagai pendapat yang tidak sekata dalam kalangan parti Pakatan Rakyat membuatkan rakyat masih kabur dengan bentuk dasar yang bakal diamalkan dan hala tuju mereka jika ditakdirkan memerintah nanti.Mengulas kritikan sesetengah pihak bahawa BN dan Umno tidak cukup agresif dalam menghadapi ibu segala pilihan raya terutama dalam melawan segala dakyah dan tohmahan pembangkang, Najib berkata selaku kerajaan yang memerintah, perlu ada batasan dan sifat tanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana