Bila Haji Hadi ' gempak lebih' sanggup tanding di Pekan...

Dalam politik kena ada unsur 'gempak lebih ' .Betul ke tidak betul...itu belakang kira.Janji bikin sensasi dulu.Maka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun hendak buat sikit kejutan Jumaat.Katanya pada wartawan pada majlis pelancaran dana PRU-13 Dewan Muslimat PAS Terengganu di Kuala Terengganu beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan Pahang berentap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di Pekan,

saya bertandinglah di Pekan," katanya.Ada kalangan wartawan tersenyum mendengar kata-katanya.Soalnya siapa agaknya dalam PAS yang berani nak suruh Presiden mereka bunuh diri tanding di kubu kuat BN itu?Acah saja tu.Haji Hadi kini adalah Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.Haji Hadi juga berkata pihaknya telah hampir selesai mengenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRU-13."Calon keseluruhannya telah siap, boleh dikatakan 90 peratus seluruh negara. Insya-Allah, akan ada calon muslimat (wanita), calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan ada dan mengikut kesesuaian," katanya.Tegas beliau, PAS telah menggerakkan barisan jenteranya dengan melawat kawasan tumpuan sebagai persiapan menghadapi PRU-13 sejak setahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana