Anti Lynas tewas lagi...Mahkamah tetap tolak injuksi interim ke atas Lynas

 Mahkamah Tinggi Kuantan selagi lagi menolak dengan kos permohonan injunksi interim oleh geng anti Lynas ke atas lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas Advanced Material Plant (LAMP) atau Lynas hari ini.Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya memberi alasan injunksi itu ditolak atas sebab yang sama seperti permohonan mereka yang terdahulu.
"Permohonan injunksi ini sepatutnya dibuat ketika semakan kehakiman terhadap permohonan pihak plaintif (penduduk Kuantan) yang mempertikaikan status TOL yang diberikan kepada Lynas," katanya.Pada 8 November lalu Hakim Mariana juga menolak permohonan sama yang difailkan oleh Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasimah Ramli sebelum ini, sekaligus membenarkan kilang Lynas di Gebeng, dekat sini beroperasi.Dalam pada itu Mariana juga menetapkan 30 November ini sebagai tarikh pengurusan kes untuk menentukan tarikh sebenar semakan kehakiman bagi permohonan mereka untuk membekukan TOL bagi menghentikan operasi Lynas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana