Ahli Pas mula sangsi Anwar dilantik PM?

Keputusan Pas untuk mencadangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri membuktikan ...parti itu sudah mula sangsi dengan kemampuan Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.Keputusan itu merupakan satu bentuk protes secara senyap kerana ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mahu seorang pemimpin yang sudah terpalit dengan masalah moral dan berfahaman pluralisme itu memimpin negara.Dilihat tindakan tersebut sekali gus membuktikan wujudnya kecelaruan perpaduan dalam pakatan pembangkang.

Dipercayai ramai ahli Pas mula percaya Anwar ada masalah moral dan tidak boleh jadi Perdana Menteri.Kemelut pelantikan Perdana Menteri itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

Pakatan pembangkang turut mengalami kecelaruan pemimpin apabila tidak ada gambaran siapa menjadi ketua mereka apatah lagi untuk mencari kesepakatan dalam pelantikan Perdana Menteri.
 Kalau dalam sistem parti pun tidak demokratik, macam mana mahu pilih Perdana Menteri secara demokratik dalam kalangan mereka.Apa yang berlaku dalam Muktamar Pas baru-baru ini kerana ada tanda-tanda tidak wujud persefahaman dan saling percaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana