Video....Kerajaan setuju bina jalan pesisir dari Tuaran ke Kudat



KUDAT: Kerajaan Persekutuan bersetuju pada prinsipnya untuk melaksanakan projek pembinaan jalan pesisir menghubungkan Tuaran, Kota Marudu hingga Kudat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata jalan pesisir berkenaan perlu dibina bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di laluan jalan berkenaan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi penduduk di ketiga-tiga kawasan yang dilalui jalan berkenaan kelak."Saya difahamkan bahawa jalan pesisir melalui Tuaran, Kota Marudu ke Kudat perlu kita laksanakan sebab apabila ada jalan pesisir yang besar dan luas maka banyaklah kawasan dapat dibuka dan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
"Cuma saya nak tentukan peruntukan yang diperlukan dan bila saya dapat tentukan peruntukan, maka projek ini akan saya umumkan secara rasmi. Tetapi percayalah ianya akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat di sini, Ahad.Najib juga berkata bahawa beliau secara prinsipnya bersetuju supaya sebuah pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) diwujudkan di Kudat memandangkan kedudukan daerah itu yang bersempadan dengan Pulau Palawan, Selatan Filipina dan sebagai pintu masuk utara negeri Sabah.Katanya keperluan berkenaan juga bersesuaian dengan persetujuan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk menandatangani Rangka Kerja Perjanjian damai bagi mengakhiri konflik 40 tahun mereka, yang akan disaksikan Perdana Menteri hari ini.
"Bila Filipina Selatan aman, mereka boleh melakukan pembangunan dan bila berlaku pembangunan kuranglah orang yang akan masuk (ke Sabah) secara haram dan Kawasan Pertumbuhan Asia Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA)akan lebih maju, perdagangan dapat ditingkatkan dan pelaburan juga dapat ditambah bagi kawasan itu," katanya.Menurut Najib, satu kajian terperinci akan dilakukan mengenai segala keperluan pewujudan CIQ berkenaan dan peruntukan bagi pembinaannya akan diumumkan apabila tiba masanya.Najib juga berkata Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menentukan lokasi pembinaan rumah mampu milik di seluruh negeri Sabah untuk memenuhi permintaan rumah bagi rakyat di negeri ini.
Selain itu, kata Najib, pusat PERMATA Negara juga akan diwujudkan di setiap kawasan Parlimen di Sabah melalui peruntukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana