Video Panas Artis !!!!!Izara Aisyah Menari Tango Dengan Aksi Ghairah?

Izara Aisyah Menari Tango Dengan Aksi Ghairah?Diam tak diam, satu cerita panas mula berlegar di ruang internet ketika ini.Ceritanya memang kurang enak mengenai diri pelakon wanita muda, Izara Aisyah.Kisahnya, di mana satu video dia sedang menari Tango dengan aksi menghairahkan dijumpai di laman You Tube.....

Difahamkan, video tarian ghairah ini sudah lama dimuat naik ke You Tube iaitu pada sekitar Mac 2011.Terdapat enam gadis termasuk Izara sendiri dengan berpakaian seksi menari Tango di hadapan penonton.Izara yang hanya memakai seluar pendek atau skirt hitam pendek dengan baju seksi yang tali halusnya kerap kali terjatuh hingga menampakkan buah dadanya terlalu ‘galak’ menari di belah kiri pentas.
Menurut cerita di portal OhBulan!, Izara menari tarian Tango seksi itu ketika dia sedang menuntut di Sunway College.Mungkin tarian tango itu adalah salah satu projek yang perlu dia lakukan untuk subjek kursusnya. Siapa tahu?Sebelum ini, Izara pernah mengeluarkan kenyataan di blog semuthitam80.blogspot.com yang dia tidak akan sekali-kali mengambil tawaran berlakon watak perempuan seksi atau berkasi ranjang untuk mana-mana drama.Katanya, penonjolan diri dengan membawa watak seperti itu hanya akan memberikan impak negatif dalam kerjaya seninya memandangkan dia masih lagi terlalu muda.

“Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai dan watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi,” kata Izara.Namun, bagaimana dengan pendedahan video yang menampakkan dengan jelas aksi Izara?Satu blog lain, NescafeAis mengambil inisiatif memuat naik semula video tersebut setelah video berjudul ‘‘Cell Block Tango Girls’ disekat dari ditonton di You Tube.Tetapi, di portal OhBulan! hari ini, Izara tidak menyangka video itu telah dimuat naik ke You Tube kerana itu adalah projek yang harus dilakukan untuk semester akhir pengajiannya.
Malah, Izara telah pun memohon maaf atas penyebaran video tarian aksi ghairah itu.“Secara jujurnya Izara tidak sangka video ini akan keluar di Youtube. Tarian itu adalah ujian peperiksaan untuk projek semester akhir Izara dan bukannya untuk bersuka ria. Pemakaian pada waktu itu, lebih terperinci adalah kostum yang disediakan dan hanya dipakai untuk persembahan itu sahaja dan bukan harian.
“Secara peribadi, Izara memohon maaf kepada semua jika video ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada penonton dan berhenti tonton video berkenaan. Izara harap semua faham situasi Izara pada waktu itu,” kata Izara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana