UMNO tubuh jawatankuasa khas ambil tindakan ahli sabotaj calon, parti

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini bersetuju menurunkan kuasa kepada sebuah jawatan kuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli UMNO yang cuba mensabotaj calon atau parti.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, antara salah laku yang boleh dikenakan tindakan disiplin adalah menyokong parti lawan, menghasut meninggalkan parti dan salah guna wang.
"Jika kita dapat kenal pasti sebarang tindakan yang berunsurkan sabotaj ini, individu itu boleh digantung atau dipecat keahliannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Najib berkata, wakil dari setiap bahagian juga akan dilantik supaya dapat menyalurkan sebarang laporan ke ibu pejabat dengan lebih cepat.

"Jawatan kuasa ini dipengerusikan oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin yang diketuai Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana