Tanah YS: Khalid tidak berhati perut - Tok Him


KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan Selangor memindahkan pemilikan tanah rizab Bumiputera seluas 18.51 ekar milik Yayasan Selangor untuk didirikan sebuah tapak kebudayaan Cina disifatkan tidak berhati perut.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya tuduhan itu benar maka ia menguatkan lagi hujah bahawa Khalid dan pentadbirannya sering tunduk kepada kemahuan parti gabungannya.

“Betullah dakwaan Khalid ini tunduk memang pengecut, memang tunggul kayu, patung..semata-mata untuk menjaga kepentingan diri, jadi apa sahaja diminta, diberi.

“Kalau ianya benar, ianya berita yang amat memeranjatkan dan inilah yang dikatakan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Penasihat (Ekonomi) Selangor, bahawa Khalid Ibrahim ini Menteri Besar yang cemerlang.

Blogger Raja Petra Kamaruddin minggu lalu mendedahkan dokumen berkaitan arahan Khalid kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki untuk menyerahkan tanah seluas 18.51 ekar kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana