Suami, Isteri Dan Cucu Maut Dihempap Buah Sawit

KUALA LUMPUR 21 Okt - Sepasang suami isteri dan cucu mereka yang berusia setahun maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori membawa buah kelapa sawit dan dua buah kereta di Kilometer 9, Jalan Salong-Chini, dekat Pekan, semalam.Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu meragut nyawa pemandu kereta Perodua Kancil, Abdul Malek Mohamed Saman, 62; isterinya, Faridah Hamzah, 56; dan cucu mereka, Nur Syafiqa Shalily Mohd Khairul Nizam, setahun; kesemuanya dari Felda Chini 4, dekat sini.

"Ketika tiba di tempat kejadian, buah kelapa sawit lebih muatan yang dibawa oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba terjatuh dan menghempap kereta Kancil," katanya kepada pemberita.Menurut Yahaya pada masa yang sama sebuah kereta Proton Iswara yang berada di belakang kereta Kancil itu tidak sempat mengelak lalu melanggarnya mengakibatkan pemandunya patah tangan.Katanya semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Beliau berkata pemandu lori sawit itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana