Siapa penentu 'hidup, mati' politik Khalid?


Post Pic
ULASAN Cadangan untuk menempatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri persekutuan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya membangkitkan isu tentang status penerimaan kepimpinan PKR terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mengusulkan cadangan berkenaan baru-baru ini merupakan usaha untuk "menghalau" Khalid daripada jawatan yang disandang.

Ia berdasarkan rahsia terbuka dalam PKR bahawa Khalid tidak disenangi oleh ramai pemimpin kerana gagal melaksanakan arahan-arahan parti, termasuk dari Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malahan kemuncak rasa tidak senang itu disuarakan oleh akar umbi sejak tahun 2008 lagi dan hubungan antara kedua-dua pemimpin itu bertambah renggang apabila Khalid kemudiannya digantikan sebagai Ketua PKR Selangor.

Selain Azmin, hubungan Khalid dengan Anwar juga dikatakan' suam-suam kuku'.

Ketua pembangkang itu juga dilaporkan tidak senang dengan gelagat Khalid yang angkuh dan tidak popular di kalangan ahli parti tetapi tidak berani menyingkirkannya kerana khuatir akan mengugat kestabilan politik Pakatan Rakayat di Selangor.

Anwar dilaporkan pernah melenting dengan Khalid apabila beberapa program yang ingin dijalankan gagal mendapat sokongan dan pembiayaian daripada kerajaan negeri.

Namun sejak akhir-akhir ini, Khalid dilihat cuba sedaya upaya mengambil hati "bosnya", walaupun ada pihak melihat tindakan sedemikian ibarat cuba 'mengampu' Anwar.

Paling ketara, adalah semasa jamuan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Selangor pada Ogos lalu.

Wartawan yang membuat liputan mendapati sikap Khalid terhadap Anwar jelas berubah.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberi penghormatan untuk menyambut tetamu yang hadir bersama Khalid.

Ini jarang-jarang sekali dilakukan oleh Khalid yang mahu membolot semua publisiti dan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sebenarnya yang berkuasa di Selangor dan bukannya pemimpin lain.

Sebelum ini, Khalid juga bersusah payah cuba melonjakkan dirinya ke depan dengan memastikan bahawa beliau dilihat lebih cekap dalam hal-hal ekonomi walaupun Anwar adalah Penasihat Ekonomi Selangor.

Usaha Khalid untuk "mengipas" bosnya sekali lagi terserlah pada ambang menyambut Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada 30 Ogos lalu.

Selain berkongsi pentas utama, Khalid turut membenarkan Anwar menyampaikan ucapan kepada hadirin, walaupun majlis itu adalah anjuran kerajaan negeri dan bukannya PKR.

Anwar pula tidak melepaskan peluang dengan memberikan pidato politik dengan membidas BN sebelum menggesa supaya pilihan raya umum akan datang diadakan secara bersih dan adil.

Namun, majlis berkenaan membawa padah kepada PKR, apabila sesetengah pemimpin dan penganalisis politik berpendapat tidak wajar Sultan Selangor tidak dijemput, sedangkan Anwar yang tidak mempunyai sebarang kedudukan diangkat martabatnya.

Cakap-cakap bahawa khidmat Khalid tidak lagi akan disambung sebagai Menteri Besar bukan sesuatu yang baru dan ramai yang beranggapan bahawa Khalid sendiri menyedari kedudukannya benar-benar di hujung tanduk.

Ketua Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar rapuh sejak Azmin menggantikannya sebagai Ketua PKR negeri.

Menurutnya lagi, nama Khalid juga sudah tiada dalam senarai menjadi Menteri Besar Selangor PKR sendiri mahu menonjolkan Azmin sebagai Menteri Besar.

Selain cuba berbaik, Khalid yang terkenal dengan sikap berjimat cermat sehingga ramai yang beranggapan beliau kedekut, bertindak pemurah dengan membiayai sebuah bas dua tingkat untuk kegunaaan bosnya itu.

Bas berkenaan berharga RM500,000 dan menurut Khalid yang merupakan seorang jutawan sebelum menyertai politik beliau membiayai semua perbelanjaan itu dengan duitnya sendiri agar Anwar boleh berkempen dengan selesa menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi itu.

Bas itu juga terpampang dengan potret kedua-dua pemimpin yang sebelum ini tidak boleh bertentangan mata - tersenyum simpul.

Bas itu mampu memuatkan 19 penumpang dan mempunyai ruang untuk mesyuarat.

Ia juga dilengkapi Wi-Fi, sistem audio yang canggih serta pentas mudah alih yang disimpan di tempat baggasi. Tetapi yang paling istimewa, bas ini mempunyai dua kerusi khas yang boleh memberikan khidmat mengurut.

Sudah pasti, Khalid bertungkus lumus, melakukan semua itu untuk memuaskan hati Anwar, agar beliau tidak diketepikan tetapi akan terus dikekalkan menerajui Selangor.

Selain usaha-usahanya, Khalid juga terpaksa banyak berharap kepada keakraban antara setiausaha politiknya Faekah Husin dan Wan Azizah untuk melanjutkan jangka hayatnya.

Di medan politik PKR, pengaruh Faekah dan Wan Azizah terhadap Anwar akan menjadi faktor penting dalam menentukan 'hidup mati' politik Khalid.

Malah, Khalid juga bersusah payah cuba 'menyelamatkan' Faekah apabila Setiausaha Politik kepada Menteri Besar itu mengeluarkan surat sokongan kepada saudara mara untuk membantu mereka mendapatkan peluang perniagaan dengan kerajaan negeri.

Sama ada Anwar akan tunduk kepada desakan isteri beliau atau memberi perhatian kepada rungutan pemimpin-pemimpin PKR; atau Khalid menggunakan Faekah sebagai perisai, pilihan raya umum kali ini akan menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana