PM sumbang kuih kepada jemaah haji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan 31,000 bungkusan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha kepada Lembaga Tabung Haji untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah.Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula menyampaikan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha untuk diagihkan kepada 800 petugas Tabung Haji di Makkah kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji, Rozaida Omar.
Program yang julung kali diadakan itu adalah sumbangan melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan sebagai tanda ingatan Najib dan isteri.Turut hadir Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman.Difahamkan, bungkusan itu akan dihantar ke Jeddah, Arab Saudi malam ini, sebelum diagihkan kepada jemaah haji dan petugas Tabung Haji di Makkah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana