PKNS berdepan tuntutan ketiga....Apa Tidaknya,Talam Boleh DiBayarnya....

 Rakyat Selangor sudah mula bangkit...Siapa sebenarnya PKR dalam Pembangkang ni.
SHAH ALAM – Seramai 200 pembeli pangsapuri dari Kampung Lindungan dan Desa Menteri, Petaling Jaya dekat sini menuntut agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih hutang pangsapuri mereka berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.Mereka membuat tuntutan tersebut setelah mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat PKNS di sini sebelum menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim pada pukul 11 pagi semalam.Ia merupakan tuntutan ketiga dilakukan oleh pembeli rumah PKNS di Selangor selepas yang pertama dilakukan oleh 350 pembeli dari Taman Datuk Harun, Shah Alam dan Kelana Jaya pada Isnin lalu. Tuntutan kedua pula dibuat oleh penduduk pangsapuri dari Seksyen 6, 7 dan 20 di sini pada Rabu lalu.Seorang wakil penduduk dari Pangsapuri Desa Mentari, Ishak Maarof berkata, desakan itu dibuat ekoran tindakan PKNS sebelum ini yang didakwa sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana