Peletakan jawatan Tony Bah tak jejas Pakatan Perak....Kenapa Takut Ker NIzar weiiiii?


KUALA LUMPUR: PAS yakin pengumuman serta perletakan jawatan aktivis Orang Asal, Bah Tony daripada DAP negeri baru-baru ini langsung tidak akan menjejaskan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Apa orang kata cuba nak memperdayakan dia, konon nak bagi dia jadi menteri besar lah.

"Mesti ini satu tamparan kepada Orang Asli (Asal), sebenarnya Orang Asli (Asal) daripada dulu menyokong kita (Barisan Nasional), DAP cuba nak pancing dengan menggunakan Bah Tony, habis kalau Bah Tony pun dah keluar, apa lagi, ikan tak makan pancing, umpan sudah lari," ujarnya secara sinis.

Memetik laporan muka depan akhbar tabloid semalam, Pakatan Perak dilihat mengalami halangan dalam usaha untuk mendapatkan semula Perak menjelang PRU-13.Ini kerana aktivis Orang Asal, Bah Tony mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham hampir dua minggu lalu.

Malah, sebab beliau meninggalkan parti itu sehingga kini masih menjadi spekulasi.

Bah, yang nama sebenarnya ialah Amani William-Hunt Abdullah dilihat sebagai calon terbaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang untuk mencabar MCA Datuk Dr Mah Hang Soon di mana pengundi Orang Asli (Asal) terbesar di Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana