PAS abai hal ehwal Islam....Habislah PAS Akar umbi tak senang kerjasama dengan DAP


Akar umbi PAS tidak menyenangi hubungan parti berkenaan dengan DAP dan mahu kerjasama itu dikaji semula kerana terlalu banyak hal ehwal Islam diabaikan parti itu sejak berada dalam pakatan pembangkang.sekarang ini tidak betul sebab PAS pula yang kena tunduk dan mengikut kehendak DAP,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, Islam sudah memberi tunjuk ajar yang jelas cara untuk mengadakan perjanjian dan kerjasama dengan bukan Islam, namun PAS yang dikuasai Anwarinas dan Erdogan ketika ini gagal mengikutnya.

Perjuangan PAS tersasar
Katanya, dia yang juga Setiausaha Gabungan Bela Hak Insan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ada menemui Shahnon, kira-kira tiga bulan lalu untuk membincangkan permasalahan PAS termasuk isu peniaga di sini.

“Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 12 yang banyak dimenangi pakatan pembangkang, saya nampak perjuangan PAS sudah banyak melencong daripada dasar hingga menyebabkan banyak jemaah PAS di Pulau Pinang berasa kesal atas apa yang berlaku,” katanya.

Di Alor Setar, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Muslim Osman, berkat PAS sepatutnya berwaspada dengan tindak tanduk rakan baik mereka itu kerana ia dibimbangi akan meletakkan parti itu di tempat tidak sepatutnya jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

“Ada banyak berita tidak sedap didengar, misalnya mengenai Kabinet bayangan yang jika benar ia keluar daripada kumpulan Anwarinas adalah tidak adil kepada PAS,” katanya yang menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri ketika era kepemimpinan Allahyarham Fadhil Nor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana