Panas!!!!'PAS Tolak Islam' : Nasha Mat Isa Sokong Pendapat Shahnon Ahmad.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - PAS diingatkan agar tidak fokus mengutamakan kuasa sehingga meletakkan prinsip Islam di tangga kedua dalam perjuangan.

Ahli Majlis Syura PAS Pusat Nasharudin Mat Isa menegaskan, dalam suasana politik pada masa kini, masalah utama yang mesti diselesaikan adalah perpecahan umat Islam.

Malah beliau turut mempersoalkan penolakan sesetengah pihak dalam membicarakan soal ummah melibatkan UMNO dan PAS yang merupakan 2 parti terbesar mewakili umat Islam.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu turut menyokong pandangan yang diutarakan aktivis PAS rof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad berkaitan status kerjasama PAS dan DAP tidak merujuk landasan Islam sebagaimana amalan junjungan besar Muhammad SAW.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana