Owona sertai skuad Penyu...Perghhhh

Kuala Terengganu: Pencarian penyerang berbisa untuk pasukan Terengganu sudah berakhir. Pemain tinggi lampai Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan musim ini, sudah sah menjadi milik mereka.

Berasal dari Cameroon, berusia 28 tahun dan berketinggian 1.91m, Owona menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di pejabat urusan PBSNT di Wisma Seri Amar, di sini, semalam.Owona yang lebih dikenali sebagai Effa di kalangan peminatnya bakal memulakan tugas barunya bersama pasukan Penyu pada 1 Disember ini, mengambil tempat yang dikosongkan penyerang Liberia, Francis Doe, yang tamat kontrak pada 30 November.
"Saya gembira mendapat peluang beraksi dengan Terengganu musim depan kerana saya tahu pasukan ini sedang berusaha untuk membentuk pasukan baru yang mampu untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan."Saya memang mempunyai pengalaman manis di Negeri Sembilan selepas menjaringkan 24 gol, namun saya pasti nasib saya akan bertambah baik di Terengganu dan boleh menjaringkan lebih banyak gol di sini nanti," katanya.Bekas pemain antarabangsa Cameroon dan FC METZ di Perancis itu, berkata dia kini dapat pulang bercuti di kampung halamannya di Ikbongo, Cameroon, dengan aman selepas urusan menandatangani kontraknya dengan pasukan Penyu selesai. "Saya akan kembali semula pada minggu akhir bulan depan dan kali ini, saya juga akan membawa isteri dan anak untuk menetap di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kontrak saya nanti.

Kata Owona lagi, dia tidak perlu berfikir panjang untuk menerima tawaran Terengganu kerana dia tahu Terengganu mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi, dan sejak bermain dalam Liga Malaysia dia sudah mengenali beberapa pemain Terengganu dan tidak sabar untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan mereka.Sementara itu, pengurus pasukan, Marzuki Sulong, berkata seorang lagi pemain import akan dipilih awal bulan depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana