Najib: Pakatan Pembangkang Tidak Mampu Terajui Negara...

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pakatan pembangkang yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Beliau berkata berbeza dengan pakatan pembangkang, BN tidak bercakap soal mahu menjatuhkan mana-mana parti politik.

"Itu sahaja matlamat mereka, dan ini bukan bermakna mereka boleh dipercayai untuk memimpin negara kita," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang diadakan sempena lawatan beliau ke selatan Perak.

Najib berkata anggota pakatan pembangkang sebenarnya tidak sebulu antara satu sama lain dan sebab itulah mereka sehingga kini tidak berani menubuhkan kabinet bayangan, bertanding dalam pilihan raya umum dengan menggunakan satu simbol atau membentangkan hanya satu manifesto pilihan raya.

Tegas beliau, BN sebaliknya merupakan sebuah kerajaan yang padu dan bertindak dengan satu suara dalam memperjuang agenda pembangunan negara. Perdana Menteri menekankan bahawa BN merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat dan ia memikul tugas berat itu sebaik mungkin.

Ini, menurut beliau, dicerminkan melalui pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini yang berpaksikan kepada usaha mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

Najib mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata manis atau janji yang ditabur pihak pembangkang.

Sambil menarik perhatian bahawa mereka sememangnya petah bercakap, Perdana Menteri mengingatkan: "Tapi pilihan raya ini bukan soal orang petah bercakap. Kalau kita nak pilih orang petah bercakap, kita pilih orang yang jual ubat di tepi jalan yang kata ubat mereka boleh sembuhkan pelbagai penyakit."

Beliau turut merujuk kepada pemimpin sebuah parti pembangkang yang bertindak keluar parti setelah menyedari agenda perjuangan parti itu sebenarnya membawa keburukan kepada negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana