Mahfuz Omar Bidas Gesaan Nasha Mat Isa terhadap PAS. ...

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa membuat dakwaan parti tersebut kini lebih mengutamakan kuasa daripada prinsip Islam disifatkan sebagai "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura yang diputuskan baru-baru ini.Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan, PAS sememangnya memerlukan kuasa bagi meluaskan lagi platform dalam menegakkan Islam di Negara ini.Beliau mendakwa ianya telahpun diputuskan Majlis Syura selaku Badan Tertinggi dalam membuat keputusan Parti.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri. Sebagai sebuah parti politik, PAS memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang. Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu walaubagaimanapun enggan mendesak mana-mana pihak membuat tindakan displin ke atas Nasharudin."Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini PAS tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin, jelasnya.Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana