Lebih 7 Ribu Peneroka FELDA Terengganu Terima Dividen RM2.6 Juta.

SETIU 28 Okt. - Seramai 7,459 peserta Felda Wilayah Terengganu menerima dividen Felda Global Venture Holding (FGVH) bernilai lebih RM2.6 juta daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di sini hari ini.Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata setiap peserta akan menerima RM365 seorang."Pemberian dividen ini menggambarkan bahawa Felda sentiasa prihatin terhadap nasib peneroka di negeri ini," katanya kepada Bernama selepas majlis korban dan penyampaian dividen FHVH kepada peneroka Felda Wilayah Terengganu di Felda Chalok Barat di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Besar Felda Faizoull Ahmad dan Pengurus Besar Wilayah Terengganu Abdul Malik Abdul Rani.

Mohd Isa berkata tahun ini Felda membelanjakan RM45 juta untuk membayar dividen FGVH kepada seramai 112,635 orang peneroka di seluruh negara.Salah seorang peserta, Tengku Heng Ku Besar, 45, berkata penyerahan cek dividen FGVH itu membuktikan Felda benar-benar jujur dan sekaligus menolak dakyah pembangkang.Bagi Ketua Peneroka Felda Wilayah Terengganu, Mansor Mamat, 36, berkata peneroka tidak harus mendengar hasutan pembangkang sebaliknya harus terus bekerja untuk generasi akan datang dan bersyukur kerana berada ditahap sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana