Kutuk,caci,ejek, hina tu kerja PAS…

Masih ingat ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap di satu majlis di Padang Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009.Beliau mengajak hadirin semua mendoakan kehancuran dan bala ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.Terdahulu, pada 5 Julai 1999, Harakah pada muka surat 50 menyiarkan fatwa Hadi Awang membenarkan mengutuk orang UMNO yang dituduh zalim.Beliau berkata, “…dibolehkan berdoa supaya turun bala kepada orang zalim…”

Pada 8 Oktober 2009, sewaktu berkempen untuk Pilihan raya Kecil Bagan Pinang, Port Dickson, Nik Aziz berkata UMNO parti mengarut dan sesat kerana memisahkan politik daripada agama.Juga masih ingat lama dulu pada 7 April 1983 ketika di Banggol Peradong, Kuala Terengganu, Hadi mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam dalam kerajaan Barisan Nasional.Tidak, bukan semua Melayu mudah lupa. Ramai yang masih ingat apabila Mahfuz Omar mengutuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang didakwa pecacai UMNO.Berikutan itu, muncul pula Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa melemparkan kata-kata kesat terhadap Harussani, termasuk melabelkan beliau sebagai ‘Haramsani.”Tak cukup lagi, dalam edisi Harakah 7-1 Februari 2011 Setiausaha Politik Bik Aziz, Wan Nik Wan Yusuf menghina Tun Dr Mahathir dengan gelaran ‘Si Tua Jahil.’Sekali lagi, sewaktu berkempen pada PRU Ke-12, Hadi mengeluarkan fatwa parti pembangkang dibolehkan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain dalam UMNO dan BN. Apa yang dinyatakan beliau dilaporkan Utusan Malaysia pada 1 Mac 2008.

Juga semasa perhimpunan PAS ke-57, Hadi pernah menggelar ulama pro-UMNO sebagai ‘syaitan bisu.’Dan sewaktu berceramah, Dr Badrul Amin pernah mengutuk dan menggelar Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan gelaran ‘Bapak Siatan”…

Apa semua ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana