Kuli mahu calon BN untuk PRU direstui Bahagian...

Saranan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon yang direstui anggota peringkat bahagian untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Tengku Razaleigh atau Kuli merupakan antara ahli parlimen BN yang paling lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia berkata bahawa langkah itu penting bagi mengelakkan anggota parti mengambil tindakan mensabotaj calon kerana pemilihan dibuat tidak mengikut kehendak mereka.

Dalam laporan Bernama pada Sabtu lepas, kuli menyambut baik langkah Majlis tertinggi UMNO untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan segera terhadap anggota parti yang mensabotaj calon BN, berkata tindakan tegas perlu diambil sebelum pilihan raya bagi mengelakkan ia terlambat . Ini akan mengelakkan musibah teruk kepada BN pada pilihan raya ke 13 nanti.

Kewajaran teguran Tengku Razaleigh amat bermakna kepada semua ahli-ahli dalam komponen BN. Apa yang penting sekarang adalah untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti dan menangkis diayah parti pembangkang yang bermain dengan persepsi negatif untuk menjejaskan kredibiliti BN.

Namun begitu manusia mungkin rambut sama hitam hati dan peribadi tidak dapat dinilai. Sabotaj dalam parti tetap aku berlaku jika ketamakan kuasa dan wang ringgit jadi taruhan.

Oleh yang demikian bagi meminimumkan faktor ini ,teguran dan nasihat pihak atasan termasuk pimpinan tertinggi BN agar semua pihak mengutamakan kepentingan dan kemenangan parti perlu diberi perhatian.

Namun begitu calon-calon yang terpilih juga harus mengamalkan sikap toleransi dan mengambil hati kembali bahagian masing-masing dan perlu elak semangat berpuak-puak dan ego melampau yang tidak ke mana melainkan impak negatif terhadap parti BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana