Khalid Ibrahim 'cemerlang' habiskan harta BN dulu - Noh Omar

Macam-macam masalah timbul sejak Selangor ditadbir pembangkang tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa segan silu memuji Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya menteri besar yang cemerlang atau paling hebat.
Ibarat ‘masuk bakul angkat sendiri’, Ketua Pembangkang itu kata Khalid jadi Menteri Besar paling cemerlang kerana ada integriti serta mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
Tetapi betul ke beliau MB paling cemerlang, itu persoalan dilontarkan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor kepada Khalid malah menyifatkan pujian Anwar terhadap Khalid sesuatu melucukan.
“Bagi saya, Khalid hanya cemerlang untuk menghabiskan harta dikumpul kerajaan Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu,” ujar beliau dalam sidang media di lobi parlimen, Rabu.
Bahkan, menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, beliau ada maklumat Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah bersetuju mahu menjual lima asetnya yang bernilai RM321 juta.
Aset berkenaan ialah Menara PKNS Petaling Jaya yang berharga RM90 juta, SACC Mall berharga RM97 juta, Kompleks PKNS Shah Alam berharga RM88 juta, Kompleks PKNS Bangi berharga RM42 juta dan Wisma Yakin di Masjid India berharga RM7 juta.
Sehubungan itu, Noh mencabar Khalid yang juga Pengerusi PKNS menafikan mahu menjual aset-aset tersebut.
"Saya bukan nak tuduh, tapi saya nak Menteri Besar nafikan dakwaan saya, ini maklumat saya dapat, bukan lagi rahsia," katanya yang mengakui mempunyai bukti berkaitan perkara itu.
Ditanya media kenapa dan kepada siapa Khalid mahu menjual aset-aset PKNS itu, Noh berkata, “ itu kena tanya Menteri Besar yang cemerlang”.
Ahli Parlimen Tanjong Karang itu secara sinis berkata, inilah bukti Khalid memang ‘cemerlang’ termasuk menghabiskan harta yang dicari BN ketika memerintah Selangor.
Selain itu,katanya, Khalid juga ‘cemerlang’ bail out hutang Talam, cemerlang berjanji tetapi tidak tunaikan dan cemerlang tidak bayar hutang.
Menurut Noh, rekod-rekod pentadbiran Khalid menunjukkan banyak isu berkaitannya tidak boleh dijawab.
“Contohnya, kerugian yang dialami Universiti Selangor (Unisel) dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 sehingga 2011 berjumlah RM54 juta yang saya dedahkan sebelum ini,”.
"Beliau kata nak maklumkan pada September lalu, tapi tak ada sebarang kenyataan dibuat, namun Laporan Audit yang telah dibentangkan dalam Parlimen adalah sama dengan kenyataan saya buat sebelum ini tetapi dinafikan Menteri Besar," katanya.
Tegas Noh, sebab itu Khalid jadi dianggap MB pembohong.
“Sepatutnya, beliau minta maaf atau letak jawatan,” ujar beliau.
Katanya, bagaimana Khalid yang MB cemerlang dan paling hebat tetapi tidak tahu bagaimana hendak menguruskan Unisel sehingga berhutang begitu banyak termasuk dengan kopntraktor yang menguruskan asrama pelajar-pelajar.
Beliau menempelak Menteri Besar yang memberi jawapan sebelum ini kerana tidak membayar kontraktor terbabit kerana bangunan Unisel tidak ada CF (Sijil Layak Menduduki) tetapi ada bukti bangunan tersebut sudah ada sijil berkenaan.

nohtx
Terdahulu, Noh terpaksa menunggu hampir setengah jam kerana tempat khas untuk sidang media di lobi parlimen digunakan bergilir-gilir oleh ahli parlimen pembangkang.
Ketika itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sedang adakan sidang media bersama ahli parlimen PKR kawasan Machang Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli parlimen PAS kawasan Kuala Selangor Dr
Dzulkifly Ahmad.
Noh merungut kepada Agendadaily bertanya, apakah locus standi Rafizi mengadakan sidang media di parlimen sedangkan beliau bukan wakil rakyat.
Disebabkan geram dan jenuh menunggu, sebaik sahaja selesai sidang media Rafizi, Noh sempat menegur dan menyindir pemimpin PKR itu,dengan bertanya, “ini buat PC ke ceramah” tetapi tidak dijawab Rafizi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana