Kenapa PAS MArah Sangat Dengan Kerjasama Dengan UMNO...PElik Dan Ajaib Lah...

TEMERLOH 28 Okt. - Laporan sebuah akhbar berbahasa Tamil yang mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengadakan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 disifatkan tidak berasas sama sekali.Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, satu tuntutan tegas dikeluarkan terhadap akhbar berkenaan agar bertindak membuat permohonan maaf terhadap Mursyidul Am PAS seterusnya menarik semula laporan berita tersebut.“PAS sangat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.“Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.
 
Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, beliau telah menerima pelbagai panggilan dari penyokong masyarakat India yang mahu penjelasan terperinci berhubung laporan berita baru-baru ini.“Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan,” katanya.

Tambahnya lagi, PAS mengulangi pendirian akan terus bekerjasama di bawah naungan Pakatan Rakyat berdepan PRU13 kelak.Sebuah Akhbar rasmi berbahasa Tamil sebelum ini telah menyiarkan laporan berita mendakwa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan beberapa isu sensitif yang dibangkitkan DAP dan PKR lantas berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa Pimpinan UMNO/BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
 
Masyarakat India Tu hanyalah takut dengan bayang bayang sendiri takut untuk melihat orang melayu bersatu...kenapa PAS perlu takut dan cemas nampaknya...itu pun baru 2..3 kerat saja orang india yang menegurnya tu.Porahhhhh PAS .....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana