Kemelut politik dan perbalahan agama ancam keselamatan negara: Ingatan Dari ATM


KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat kemelut politik dan perbalahan agama yang tidak dikawal boleh menjadi satu ancaman besar kepada kestabilan negara.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain berkata, sebagai benteng hadapan keselamatan negara, ATM memberi perhatian serius terhadap isu itu kerana percaya jika tidak ditangani dengan berhemah mampu memberi impak negatif kepada kesejahteraan rakyat.
"ATM amat peka kepada perubahan iklim politik semasa negara dan mengenal pasti permasalahan sosioekonomi serta polemik perkauman yang keterlaluan boleh menjadi ancaman keselamatan awam.

"Ancaman dalaman yang dihadapi negara ketika ini ialah berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam namun, ATM sebagai benteng pertahanan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara itu," katanya.

Katanya, bagi menyekat situasi itu daripada menular dan menjadi ancaman, ATM meningkatkan lagi kerjasama sedia ada dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.

Beliau berkata, ATM turut meningkatkan pengawasan di beberapa kawasan sempadan negara yang dikenal pasti berisiko menularnya ancaman itu, dengan memperkemaskan tahap kesiapsiagaan agar dapat memberi tindak balas segera apabila diperlukan.

Zulkifeli berkata, landskap serta senario keselamatan negara ketika ini mengalami perubahan yang cukup ketara dan untuk itu ATM juga melakukan beberapa transformasi bagi memastikan anggotanya sentiasa bersedia bagi berdepan ancaman terbabit. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana