Keghairahan pakatan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN...

Kepimpinannya telah memakan diri apabila terserlah apa yang diperkatakan membuka pekung sendiri.Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sanggup menjaja integriti kepimpinan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sehinggakan kononnya berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis.

“Pakatan pembangkang semakin terdesak dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan iaitu melemparkan pelbagai fitnah dengan mengheret kerajaan Perancis sedangkan hari ini secara jelas terbukti apabila ia dinafikan,”
“Ini bukanlah kali pertama bagi pakatan pembangkang melibatkan kuasa asing dengan memburuk-burukkan Malaysia dan memperkatakan sesuatu yang negatif kerana pemimpin mereka sebagaimana Anwar dan anaknya Nurul Izzah malah Guan Eng sendiri pernah memberi label yang tidak baik kepada negara ini,”Jelasnya, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak bermaruah kerana secara jelas dan terang memberikan persepsi buruk berkaitan kepimpinan dan negaranya sendiri walhal ia tidak benar.

“Rakyat negara ini membawa nama Malaysia apabila berada dipersada antarabangsa dan apabila mereka membuat tuduhan dan fitnah kepada para pemimpin dan negara ini bermakna mereka bukan saja mengaibkan diri mereka sendiri tetapi menconteng arang pada setiap wajah rakyat Malaysia,” tegasnya.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana