JMM dakwa 10 penjawat awam tali barut....Baru Tahu Langgit Itu Rendah...Gunting Dalam lipatan

PETALING JAYA: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Kedutaan Jerman sebelum ini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif yang kemudiannya diagihkan kepada Suaram.
Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Guenter Georg Gruber berkata kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana