JK pantau sabotaj elak tsunami berulang - Ali Rustam

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan, penubuhan jawatankuasa khas memantau tindak tanduk ahli parti yang sabotaj masa pilihanraya umum (PRU) kelak dapat mengelak tsunami politik ketika PRU 2008 berulang.

Menurut beliau, jika ingin mempertahankan kebaikan dilaksanakan kerajaan sekarang, ahli parti mesti setia dan tidak melakukan sabotaj terutama selepas tahu siapa jadi calon untuk bertanding dalam PRU ke 13.“Kita buat lebih baik daripada apa pembangkang buat. Mereka rakus kuasa, angkuh, tak pentingksn rakyat apatah lagi untuk membantu rakyat,” ujar beliau.

Menyentuh PRU ke 13, Ali percaya, Barisan Nasional mempunyai peluang baik merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang pada 2008.Beliau percaya rakyat di negeri itu khususnya di Kota Melaka sedar bahawa pembangkang tidak buat apa-apa pun setelah menang kerusi tersebut.
Mengenai kedudukannya yang diuar-uarkan akan berpindah ke Parlimen, Ali mengulangi kenyataannya bahawa sudah bersedia ke Pusat.“Terserah kepada Perdana Menteri. Mudah-mudahan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana