Isu Soros : Zulkifli Noordin Desak Saifuddin Abdullah Letak Jawatan.

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilihat tidak layak memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan sedia ada ekoran pandangan beliau dilihat menyerang pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu jutawan George Soros yang didakwanya berpotensi "memakan diri sendiri".

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi Timbalan Menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya yang dipetik menerusi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Sambil mendesak Saifuddin meletak jawatan, beliau seterusnya menegaskan isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Kenyataan Saifuddin Abdullah tersebut turut menerima kecaman dari beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Saifuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat berbau politik pembangkang. Namun, beliau pernah memberi maklum balas setia bersama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional malah mendakwa tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang buat masa ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana