Isu RAPID : Azalina Bakal Saman Mazlan Aliman....Padan Muka Koooo

KUALA LUMPUR 2 Okt – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina hari ini menegaskan akan menfailkan saman terhadap Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Harakah Daily serta mana-mana web portal yang bersama menyokong kenyataan memfitnah beliau berhubung isu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Menurut Azalina, tuduhan yang dibuat oleh Mazlan adalah berniat jahat dan berunsur fitnah.“Tuduhan yang dia (Mazlan) buat didepan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab dan sebagainya. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya.“Saya juga telah mengarahkan (peguam) untuk membuat tuntutan kepada beliau agar meminta maaf secara terbuka dalam masa terdekat dan jika tidak, saya akan menfailkan saman kepada dia (Mazlan) dan Harakah Daily serta mana-mana web portal dan surat khabar yang menggunakan ucapannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mazlan dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan Hijau di Pengerang Ahad lalu, telah mendedahkan penglibatan Azalina dalam projek RAPID.Azalina dikatakan telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memilih Penggerang bagi menjalankan projek RAPID kerana kawasan itu merupakan kubu Barisan Nasional (BN) yang terkuat, justeru akan tiada tentangan dalam pembinaan projek multi-billion itu.Ahad lalu, Himpunan Hijau telah menganjurkan satu perhimpunan membantah perancangan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kampung Sungai Rengit di Pengerang dan dihadiri kira-kira 3 ribu peserta itu melibatkan penyokong Parti Pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan termasuklah dari Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) serta Persatuan Anak Peneroka Felda.Sementara itu, ditanya mengenai insiden cermin kereta aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dan Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub yang dipecahkan semasa perhimpunan tersebut, Azalina menafikan bahawa beliau tahu mengenai hal itu.

“Saya tidak tahu sama ada mereka buat sendiri bagi menagih simpati atau tidak. Jika benar kejadian itu berlaku, kenapa tidak membuat laporan polis?," katanya.Azalina berkata, beliau dimaklumkan bahawa tiada laporan dibuat berhubung kes itu."Insiden itu (pecah cermin kereta) seolah-olah ingin meraih simpati rakyat Malaysia terutama pengundi di kawasan Penggerang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana