ISu Panas Ni....Sudah tiba masanya, Nik Aziz letak jawatan - Hasan Ali


SHAH ALAM: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS, kerana mengeluarkan kenyataan parti DAP tidak pernah menggganggu perjuangan PAS dan akan membantu parti Islam itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali berkata kenyataan seumpama itu amat keterlaluan dan akan memberikan 'peluru' kepada parti dominasi Cina itu untuk terus menyerang dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam dasar Islam, diperjuangkan PAS.
Beliau berkata sudah tiba masanya jawatan itu diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, yang padanya mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan Nik Aziz."Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh Nik Aziz. Lupakah beliau beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang berterusan menghina dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud ? "Kita tidak lupa, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP ?Hasan juga ADUN Gombak Setia berpandangan kenyataan Nik Aziz itu menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak sabar dengan penghinaan demi penghinaan DAP terhadap agama Islam.Beliau menambah, setelah memimpin PAS berpuluh tahun lamanya, Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah dan merenung sejauh-jauhnya peranan beliau dalam hierarki kepimpinan PAS kini samaada benar-benar menguntungkan PAS atau tidak.Paling penting kata Hasan, Nik Aziz perlu mengakui bahawa PAS akan berjaya meluaskan empayarnya dengan kemampuan sendiri dan bukannya bergantung kepada 'keajaiban' parti DAP. "Kedudukan Nik Aziz yang istimewa dalam PAS, bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.
"Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz yang tentunya akan diterima oleh setiap ahli PAS tanpa banyak soal," katanya.Nik Aziz sebelum ini menyatakan rasa hairannya apabila terdapat pihak yang secara konsisten menegur dan mengkritik kerjasama yang dijalinkan antara PAS dan DAP. Beliau berkata PAS tidak sesekali tersasar dan tidak melihat DAP mengganggu PAS melaksanakan dasar Islam di negara ini.Nik Aziz juga mempertahankan hubungan PAS dengan DAP dan menyifatkan jalinan antara dua parti itu akan menjamin kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana