Inilah Tandanya Ideal Perdana Menteri Diterima Oleh Peminjam PTPTN....

Pengumuman insentif berupa pemberian diskaun dan rebat bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2013 sudah menampakkan kesan.Antara insentif itu ialah pemberian diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.
Manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012 pula diberikan diskaun 10 peratus setahunPada sidang media di parlimen, Rabu, Pengerusi PTPN, Dato Haji Ismail Haji Mohamed Said, berkata, setelah pengumuman bajet itu, sehingga 31 Ogos 2012, pihaknya telah menerima bayaran balik sebanyak RM3.48 billion daripada 774,273 peminjam. Daripada jumlah itu, 28,850 yang melibatkan amaun RM197.27 juta diterima daripada peminjam yang telah disenaraihitam untuk ke luar negara.Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata daripada jumlah yang membayar balik pinjaman itu, 214 pelajar membayar hutang sekali gus yang melibatkan amaun RM4.6 juta.Ismail berkata, sehingga 31 Ogos 2012 PTPN telah meluluskan pinjaman kepada 2.03 juta pelajar yang melibatkan RM45.41 billon sehingga tamat penganjian. Menurutnya bagi tahun 2012 PTPN memperuntukkan RM3.37 billion kepada 400,000 peminjam sedia adan dan RM1.58 billion kepada 214,000 peminjam baharu.Katanya, pada tempoh yang sama, seramai 17,441 peminjam telah menerima pengecualian bayaran balik pinjaman kerana berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya."Ia melibatkan RM486.91 juta. Daripada jumlah itu, seramai 13,112 penerima pembiayaan terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang melibatkan amaun RM273.43 juta dan 4,329 pelajar IPTS yang membabitkan amaun RM213.47 juta," katanya.Diminta menjelaskan kedudukan peminjam yang telah disaman atau dikenakan tindakan undang-undang, Ismail berkata, mereka tidak terkecuali daripada tawaran rebat dan diskaun."Rebat dan diskaun bayaran balik PTPN ini adalah untuk semua, termasuk peminjam yang telah disaman atau dikenakan tindakan undang-undang serta yang disenaraihitamkan ke luar negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana