Ini Baru Betul Cuepacs....Cuepacs Minta Siasat Dakwaan Penjawat Awam Disogok Suaram

Ini lah baru betul cara Cuepacs jangan asyik meminta dari kerajaan saja untuk kepentingan Kakitangan Kerajaan saja sedangkan kakitangan kerajaan lah yang banyak menyokong pembangkang.....Cuepacs harus menyiasat kakitangan kerajaan yang active berpolitik menyokong secara terang terangan menyokong pembangkang.....

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.Presidennya, Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, jika benar wujud, mereka mestidikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat."Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah pada Khamis, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada US$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.
Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana