Hasan Ali: Saya tidak akan sertai Umno....

BESUT - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat oleh Pas Januari lalu berkata, beliau akan tetap bersama parti itu walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Naib Presiden parti itu.Dipetik Bernama hari ini, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.
"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam Pas, beliau berkata, kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.Beliau berkata, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana