Hasan Ali: Politik kepartaian punca isu kaum makin parah


Post Pic
SHAH ALAM: Politik kepartaian yang diamalkan menjadi punca isu perkauman di negara ini semakin parah, kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali.

Sambil menyifatkan politik di Malaysia sebagai politik kepartaian yang hanya berlandaskan nafsu syahwat, dan bukan perjuangan sebenar, Hasan berkata situasi itu menyaksikan masyarakat termasuk umat Islam terus bertelagah.

"Politik kepartaian ni dah jadi kepada perkauman, dah jadi kepada lain-lain agama dan sebagainya, itu yang berlaku di Malaysia sekarang ini kita tengok.

"Akhirnya orang PAS mengatakan dialah pejuang Islam, menafikan yang Umno itu berjuang untuk Islam, Umno pulak mengatakan kabilah pejuang Islam juga selain daripada nasionalisme Melayu, tapi PAS menafikannya.

"Selama bila kita terus bertelagah dalam soal-soal ini?" katanya Antarapos.

Menurut Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, politik di Malaysia sedikit sebanyak telah terjerumus kearah unsur yang berteraskan nafsu manusia walaupun negara dianggap sebagai model negara yang melaksanakan pentabiran berlandaskan prinsip Islam.

"Ada dua perkara saya nak tinjau di sini, satu politik yang asasnya ialah Islam, satu lagi politik kepartaian yang didorong nafsu syahwat manusia, yang itu rasanya yang sedang berkembang luas di negara-negara maju termasuk Malaysia ini, yang ini patutnya kita banteras," katanya.

Hasan juga menegur sikap segelintir pemimpin dalam negara ini yang taksub dengan politik tanpa mengambil kira penerapan nilai-nilai Islam dalam segala urusan pentadbiran negara.

"Melalui perjuangan politik, kita nak perjuangan yang berteraskan Islam, bila politik yang berteraskan Islam, politik yang mengagungkan Allah SWT.

"Tidak mementingkan diri, bukan poltik kerana saya nak kaya, bukan politik kerana nak rumah besar kereta besar, bukan politik saya nak jadi hartawan dan sebagainya, itu politik barat dan bukan politik kita," katanya lagi.

Bagi anggota Majlis Syura Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Ahmad Fauzan Yahaya,  pengabaian atas prinsip-prinsip Islam yang seharusnya menjadi panduan dalam urus tadbir negara tidak harus dijadikan alasan untuk menjalankan pentadbiran secara majoriti.

"Sebelum ini tegar dan agak keras dalam memperjuangkan Islam, tapi atas nama demokrasi yang mana majoriti suara tu kita nak banyak, kita terpaksa 'slow down' prinsip kita yang asal (prinsip Islam),"

"Jadi sebab itu kena tegaskan bahawa, agama dan politik ini kita kena satukan tetapi kita asingkan bila mana agama dipergunakan oleh politik," katanya.

Menurut Fauzan, keutamaan seperti yang dilakukan kerajaan sekarang adalah meletakkan Islam sebagai asas.

"Kita perlu letakkan asas agama iaitu Islam, bilamanapun, kita letak agama ini sebagai "an-Nasihah", pemimpin dia perlu melihat ini perlu dilakukan walupun dia lari dari prinsip Islam, perlu ada yang datang untuk menasihati beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana