Haron Din Hentam Anwar Pasal Fahaman Liberal...


SHAH ALAM: PAS minta rakyat tidak menyamakan fahaman liberal sesetengah pemimpin pembangkang dengan perjuangan parti itu dalam usaha menjadikan Islam sebagai asas untuk membentuk sesebuah negara.Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, walaupun berpegang kepada agama yang sama, namun politik kepartian mempengaruhi pendirian sesetengah pemimpin negara untuk memilih sama ada ingin menjadi Islam sebagai tunjang pentadbiran atau sebaliknya.Sehubungan dengan itu katanya, PAS mengambil pendirian untuk menjauhkan diri daripada parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung soal negara Islam.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kerana itu tindakan dia sendiri. Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.“Tidak mengapa, itu pandangan politik dia dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan dia, maka dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," katanya lagi.Bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar dijemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan buku berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan' di ibu negara pada Selasa lalu.

Akbar dalam ucapannya mendakwa Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.Sesetengah pihak berpendapat bahawa kenyataan tersebut dilihat sebagai usaha untuk menyebarkan pemikiran liberal.Justeru Haron berpendapat bahawa prinsip tersebut bertentangan dengan agenda Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.
Beliau selain itu menyifatkan pendekatan politik yang diamalkan oleh Anwar lebih bersifat peribadi merujuk kepada ruang berucap yang diberikan kepada Akbar."Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.Malah ketika ditanya adakah PAS bersetuju dengan idea yang disampaikan oleh Akbar dalam ucapannya, Haron berkata mana-mana pihak yang amalkan fahaman sebegitu perlu mengubah persepsi mereka mengenai Islam.

"Jangan ambil begitu...yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam yang lengkap.

"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad buat," katanya.

Penulisan Akbar dalam buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan mengisahkan sejarah hubungan antara Sub-Benua Hindu dan umat Islam dan sebab-sebab yang membawa kepada pembahagian British-India.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana