Hai-O: 'Saya bukan tangkal azimat' Mana Mana Pergi "Final"Saja...Berkat USaha....

"SAYA bukan tangkal azimat." itulah kata-kata kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Hai-O ketika ditanya dakwaan yang mengatakan beliau pembawa tuah ekoran kejayaan tiga pasukan diwakilinya sebelum ini.

Jelasnya, kejayaan yang dibawa olehnya selama ini adalah kerjasama daripada setiap anggota dalam pasukannya, bukan disebabkan dirinya semata-mata.

"Apa yang berlaku semuanya adalah kebetulan. Lagipun, kalau saya seorang macam mana boleh menang piala, ia semua atas kejayaan sepasukan.

"Jadi, bagi saya tiada isu wira atau tuah dalam hidup saya, semua ini adalah kebetulan sahaja," tegas Hai-O ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam perlawanan akhir menentang Kelantan, Sabtu ini, Hai-O memburu mahkota kelimanya, yang keempat bersama pasukan berbeza - selepas Terengganu (2001), Negeri Sembilan (2009, 2011) dan Kelantan (2010).

Ia adalah rekod menakjubkan yang sukar diulangi oleh mana-mana pemain. Namun, Hai-O tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya, mahu fokus untuk mempamerkan aksi terbaik dan konsisten ketika perlawanan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam nanti.

"Fokus saya hanya ingin membawa kemenangan kepada ATM.

"Sekiranya menang, ia satu bonus bagi saya. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada rakan sepasukan untuk berjuang habis-habisan serta kekalkan semangat ketika saingan separuh akhir untuk dibawa ke final nanti," jelas beliau lagi.

Pada masa sama, Hai-O turut memesan kepada rakan sepasukannnya agar jangan leka dan sentiasa memanfaatkan setiap peluang yang ada.

"Kelekaan di atas padang boleh membawa padah dan kesilapan juga boleh mengundang bahaya kepada pasukan.

"Diharapkan pemain tidak mengambil mudah meskipun Kelantan kehilangan NorFarhan dan Mohamad Ghaddar.

"Berikan tumpuan sepenuhnya dan jangan sesekali memberi peluang mudah kepada pihak lawan untuk menjaringkan gol," katanya yang mengakui pertemuan menentang Kelantan bukan satu tugas yang mudah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana