Ha ha ha Jumlah sebenar rizab k'jaan Selangor dipersoal


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak mempersoalkan keperluan kerajaan negeri Selangor yang didakwa berhasrat menjual lima aset milik anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang secara keseluruhannya berjumlah RM321 juta.
Di dalam perbualan telefon dengan Antarapos, Sulaiman mendakwa situasi tersebut jelas bercanggah dengan kenyataan yang sering dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu kerajaan negeri mempunyai jumlah rizab yang tinggi.
Justeru itu, perkara ini tegas beliau perlu diberikan penjelasan oleh Khalid yang turut berperanan sebagai Pengerusi PKNS.
“Saya tak nampak ada keperluan kerajaan negeri Selangor menjual aset-aset tersebut. Apakah kerajaan negeri Selangor tidak ada aliran tunai sehingga terpaksa menjual aset-aset sebagaimana yang berlaku kepada Yayasan Selangor dan aset-aset Selangor yang lain? Menteri Besar harus beri penjelasan mengenai perkara ini.
“Jadi saya nampak kenyataan Menteri Besar ini memang bercanggah. Satu waktu mengatakan Selangor ada RM1.8 bilion rizab kerajaan negeri, jadi apa perlu menjual aset PKNS?” ujar beliau ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini yang meminta Khalid menafikan khabar angin kerajaan negeri mahu menjual sebahagian aset milik PKNS.
Abai kepentingan bumiputera
Mengulas lanjut, Sulaiman menegaskan sekiranya kenyataan yang dibuat Noh itu benar, ianya menggambarkan kerajaan negeri sebagai tidak sensitif dan telah mengabaikan peranan sebenar PKNS sewaktu ia ditubuhkan iaitu untuk membangunkan ekonomi kaum bumiputra.
“Kerana pada kita sebenarnya aset-aset yang ada pada PKNS hari ini kalau benar dakwaan yang dibuat itu, maknanya pertamanya sudah tentulah mengabaikan kepentingan bumiputera yang mana PKNS ditubuhkan khusus untuk membangunkan perumahan mampu milik dan membangunkan ekonomi bumiputra khususnya.
“Contohnya macam Kompleks PKNS, Shah Alam Convention Centre (SACC) juga Wisma Yakin...ini tiga pusat yang kita jelas di mana boleh dikatakan majoriti peniaga bumiputra bertahun-tahun mendapatkan peluang ekonomi, perniagaan dan sebagainya di ketiga-tiga wisma ini.
“Jadi bayangkanlah kalau benda ini betul-betul dijual kepada mana-mana individu atau mana-mana syarikat, sudah tentunya akan memberi kesan yang besar kepada peniaga-peniaga kita,” katanya.
Tegas beliau, kerajaan negeri sepatutnya mengekalkan pemilikan aset-aset tersebut kepada PKNS demi meneruskan usahanya di dalam membantu membangunkan ekonomi kaum bumiputra di negeri tersebut selain menambah-baik urustadbirnya.
“Pada saya yang paling penting ialah bagaimana sebuah aset itu ditadbir-urus dengan baik oleh kerajaan.
“Kalau aset-aset itu memang membantu bumiputera di negeri Selangor, sepatutnya aset itu dikekalkan di bawah pentadbiran PKNS...malahan sepatutnya dibaiki lagi ataupun ditambah-baik supaya peniaga-peniaga bumiputra dapat manfaat daripada aktiviti PKNS,” gesanya.
Noh baru-baru ini di dalam sidang medianya di Parlimen mendakwa Khalid telah bersetuju untuk menjual lima aset PKNS berjumlah RM321 juta kesemuanya.
Menurut beliau, aset-aset yang dimaksudkan adalah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), SACC (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).
“Saya tidak menuduh, tetapi saya nak minta Menteri Besar tampil menafikan bahawa apa yang saya cakap ini tidak betul supaya nak membuktikan bahawa dakwaan yang mengatakan PKNS akan menjual lima harta ini tidak benar,” ujar beliau.
Susulan itu, Noh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor menempelak kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini mendakwa Khalid sebagai Menteri Besar paling cemerlang di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana